Isnin, 18 Ogos 2014

Facebook bagi saya?

Saya hanya ada dua sebab bermain facebook.
1] Bersosial untuk berkongsi
2] Dapatkan rakan baru

Sabtu, 9 Ogos 2014

Blog boleh dibuat dengan perasaan yang berbeza. Apabila gembira, blog yang dihasilkan pasti lebih baik. Jadi, buatlah blog dalam keadaan tenang dan happy.

                  Cara membuat blog dengan lebih berkesan

Blog ialah cara yang sangat baik untuk berkongsi sesuatu perkara. Dekat blog jugak kita boleh mendekatkan diri kita dengan masyarakat. Blog boleh membuatkan sesuatu yang kita setuju atau tidak diterjemahkan dan dihitung bersama. Menulis blog juga menjana pendapatan bagi sesiapa yang menyedarinya.

Saya baru bermula menulis blog pada bulan Julai 2014 dan blog ini akan saya kongsikan kepada pembaca bagaimana untuk membuat blog dengan lebih baik. Saya sendiri masih mengikut langkah-langkah ini.

Langkah-Langkahnya ialah;-




1] Memilih topik blog anda
Pilihlah topik blog yang sesuai dengan diri anda. Apa yang anda ingin sampaikan mestilah ada topik yang tersendiri. Anda ingin menulis topik yang bagaimana? Bergantung juga pada jenis blog anda. Antara topik yang boleh dipilih ialah, Education, Health, Artist, Location and Tourist.Topik yang lebih menarik boleh membuatkan ramai orang membacanya. Jadi, pilihlah topik yang sesuai.
2] Membuat jadual bila untuk post sesuatu
Post sesuatu dalam blog kita memang penting untuk kita kekal aktif di blog. Sekurangnya sekali kita kena post sesuatu. 3 kali sehari lebih baik. Post apa saja yang berkaitan. Blog yang di post banyak kali lebih berjaya dari blog yang di post kurang dari sekali sehari. Lagi banyak post, lagi banyak pembaca yang akan tertarik dengan kita punya blog.
3] Memberitahu rakan- rakan mengenai blog 
Blog perlukan penulis dan pembaca dan cara yang paling mudah untuk pembaca membaca blog kita ialah memberitahu rakan-rakan kita. Rakan-rakan kita yang baik pasti akan membaca blog kita. Kemudian, kita suruh pula mereka memberitahu rakan-rakan mereka tentang blog kita. Ini satu strategi untuk menarik ramai pembaca. Anda haruslah mempunyai keyakinan dan kepercayaan pada rakan-rakan untuk mereka membaca blog anda. Jangan paksa mereka dan biarkan mereka membuat keputusan.
4] Melihat blog orang lain
Blog orang lain mampu mengajar kita untuk membuat blog dengan lebih baik. Apa kelebihan blog mereka dan jadikan blog mereka sebagai bahan rujukan. Jangan lupa meninggalkan komen pada blog mereka. Biar mereka mengenali amda dan anda harus cuba mempelajari cara menulis blog yang lebih baik daripada mereka. Komen boleh membuatkan orang yang membaca blog mereka mengenali anda dan seterusnya mungkin akan mengunjunngi blog anda seterusnya. Jangan tinggalkan komen yang keterlaluan.
5] Menulis sesuatu yang menarik 
Blog yang anda tulis haruslah menarik agar ramai orang akan membaca blog anda. Blog yang menarik akan disukai pembaca. Ini adalah faktor paling penting untuk berjaya dalam menjadi seorang blogger.

Itulah langkah-langkah menulis blog yang lebih baik. Harap dapat membantu anda untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya. Kita sama-sama berusaha demi masa depan yang lebih baik.

Seperti apa yang saya katakan tadi, blog boleh menjana pendapatan. Antara cara menjana pendapatan melalui blog ialah dengan program SFI. SFI adalah business internet yang tidak memerlukan modal namun boleh mendapat keuntungan lumayan. Yang penting, langkah-langkah yang bijak dan betul mesti diikut. Untuk joint SFI dan ingin mendapat maklumat lanjut, boleh melayari laman sfi di atas.